Rahsia Aku Dapat Straight A's dalam SPM

~Result SPM sebenar aku~


Rahsia Aku Straight A's SPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada entri ini, aku nak kongsikan serba sedikit mengenai rahsia aku mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam SPM 2016. Meskipun tidaklah terlalu gempak keputusan SPM aku ni tapi sudah cukup bagiku untuk membanggakan keluargaku dan pihak sekolah. Disclaimer: Sebahagian daripada post aku ini mungkin mengandungi beberapa post daripada blog lain memandangkan isi yang aku nak sampaikan adalah sama. 

Pada saat aku menulis entri ini, aku sudah tamat semester 1 dalam bidang asasi sains dan Alhamdulillah aku dapat CGPA 4.0 bagi semester ni. Ramai junior aku yang tanya apa rahsia aku berjaya dapatkan straight A's SPM walaupun kehidupan aku di sekolah dulu agak aktif. Macam mana aku bahagikan masa etc.. Ni aku nak share la ni. Untuk memenuhi keperluan pembaca yang aku percaya bukan hanya terdiri daripada penganut agama Islam, aku pecah dua sharing aku ni. Peringkat awal yang boleh diamalkan oleh pembaca dari semua latar belakang agama, dan peringkat akhir aku tuju khas untuk pembaca beragama Islam supaya pembaca agama lain tu tak perlu la nak baca sampai habis baru nak jumpa point yang dorang boleh amalkan. Tapi kalau nak jugak baca sampai habis, teramatlah dialu-alukan. Bagus kalau kau rasa apa yang aku share ni cliche, orang dah pernah share amalan yang sama sebab sekurang-kurangnya kau sedar memang amalan-amalan ni la yang dapat buat kau berjaya.

Inilah rahsia aku:
1. HORMAT ORANG YANG MEMBERI ILMU
Aku nak tekankan benda ni sebab ada aku perhatikan dalam kalangan geng aku, cikgu tengah mengajar kat depan, dia “mengajar” kat belakang. Kurang ajar tu. Masa cikgu kau ajar, kau diam. Dengar. Bila dia bagi kau peluang bercakap/bertanya, kau senyap pula. Ini termasuklah dengan tabiat main handphone depan muka pensyarah. Jangan. Biadap tu. Orang memberi ilmu ni tak terhad pada pensyarah je. Bila kau minta kawan kau ajar pape, kawan kau tu dah masuk kategori orang memberi ilmu. Adab berguru, bila kita mintak orang ajarkan, kita cari dia. Bukan dia datang sembah kita. Lagi satu, jangan mengumpat belakang-belakang orang yang dah beri kita ilmu. Kalau TERumpat, minta la maaf. Mudah kan?

2. HORMAT ILMU
Hormat ilmu ni macam-macam boleh buat. Bukan hanya jangan pijak buku. Hormat ilmu ni termasuklah jangan meniru dalam peperiksaan. Hehe. Ramai buat ni. Aku tahu. Kau tak rasa pelik ke bila kau nak periksa, kau tunggang terbalik berdoa mohon pertolongan Tuhan tapi bila masuk dewan periksa kau terus hilang pengharapan pada Tuhan, kau berharap dekat kawan dengan nota kecil kau. Kalau dari awal dah berharap pertolongan Tuhan, biar la sampai akhir pun macam tu. Ilmu ni cahaya tahu. Kalau kotor hati tu susah ilmu nak masuk.

3. HORMAT SEMUA ORANG
Ini asas ni. Semua orang, termasuk kerani sekolah kau, tukang bersih sekolah dan segala jenis tukang, hormati la dorang. Jangan rasa dapat masuk kelas paling depan ni lesen untuk kau pandang rendah pada semua orang. Kalau kau baik dengan semua orang, lebih ramai orang akan doakan kesejahteraan kau. Kau tak suka ke ramai orang doakan kau? Bila cakap hormat semua orang ni, termasuklah mak ayah kan? Itu faham-faham sendiri la kan. Dah besar pun kalau nak kena sentuh bab hormat mak ayah ni, baik aku share benda ni kat confession Tadika KEMAS.

4. BANYAKKAN MENDERMA
Derma ni dapat memanjangkan usia dan menolak bala disamping sebagai bekalan kau kat sana nanti. Bila kau tak lokek untuk menderma, Tuhan akan murahkan rezeki kau. Percaya la. Dapat straight A's or pointer 4.0 ni pun rezeki tahu. Jadi buat la amalan yang dapat memurahkan rezeki kau supaya dimudahkan jalan rezeki kau nak dapat straight A's or

5. SOLAT 3 SERANGKAI
Selain solat wajib 5x sehari, apakah solat tiga serangkai? Ni nak cerita. Bangun tengah malam, aku akan solat tahajud, solat taubat, solat hajat. Sebelum Subuh aku solat sunat 2 rakaat (lebih baik daripada dunia dan seisinya – untuk mendidik hati untuk redha sekiranya tidak dapat apa yang dihajati sebab kau dah “dapat” yang lebih baik daripada dunia dan seisinya kot), masuk waktu Dhuha aku solat sunat Dhuha pulak. Ini laa yang aku panggil solat tiga serangkai. Aku akui susah nak bangun solat malam hari-hari. Try sekurang-kurangnya seminggu tu, sekali bangun untuk solat malam. Yang solat sunat sebelum Subuh dengan solat sunat Dhuha ni, aku jamin hari-hari korang mampu buat kan? Lagi satu nak pesan, kalau nak amal solat sunat sebelum Subuh tu, cuba la bangun awal untuk solat Subuh. Andai kata Subuh masuk pukul 5.45am, kau solat Subuh paling lewat 6am/6.15am. Dapat buat on-time atau lagi awal, lagi bagus. Nak pesan jugak berkenaan solat sunat Dhuha ni. Sepanjang aku amalkan solat sunat Dhuha ni, niat aku bukan untuk meminta-minta rezeki dari Allah. Tapi aku amalkan solat sunat Dhuha ni lebih untuk mensyukuri nikmat rezeki yang Allah dah bagi. Banyak sangat nikmat, aku dedicate-kan solat sunat Dhuha ni untuk mensyukuri rezeki-rezeki yang Allah dah bagi. Kalau aku nak meminta-minta, aku ada solat sunat Hajat untuk aku meminta-minta kepada Allah. Jangan risau, automatik rezeki kau akan murah juga sebab Allah dah kata, kalau kau bersyukur, Allah bagi lebih lagi. Tak gitu?

6. BACA AL-QURAN SETIAP HARI
Ye aku ulang ni. Setiap hari. Kalau jenis aku, aku suka mengaji lepas Subuh sebab itu la waktu yang confirm aku free. Kalau nak tangguh mengaji lepas Maghrib, nanti ada pulak geng ajak gi makan kat luar la, apa la. Aku ada surah-surah amalan aku macam Al-Waqiah, Al-Mulk, As-Sajdah, tapi dalam masa yang sama aku tetap baca Al-Quran sehelai-sehelai tanpa mengikut surah.

7. JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP DENGAN ALLAH
Ini kemuncak segala usaha dan amalan kau. Apa-apa yang kau usaha, kau amal, apa-apa yang jadi lepas tu, kau jangannnnnnn sesekali berhenti berharap dengan Allah. Kau takkan pernah tahu apa “magis” Allah nak buat bila sampai sudah pun kau masih tak berhenti berharap dengan Allah. Kau ingat la pesan aku ni. Lagi satu, lepas dah dapat apa kau nak, jangan la kau berhenti amalan kau selama ni. Kau teruskan amalan kau sampai kau mati. Berdoa dan teruslah berdoa memohon kepada Allah.

Aku pun manusia biasa yang tak lepas dari dosa. Sehingga ke hari ini masih lagi berusaha untuk terus perbaiki diri. Tapi inilah amalan aku wahai kawan-kawan. Aku takdela pandai mana pun tapi aku berjaya dengan bantuan Allah.

Sekian, selamat beramal dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat!

Comments

  1. Allahuakbar ,perkongsian yang sangat" jujur ringkas dan bermanfaat,semoga Allah murahkan dan berkati rezeki kehidupan kita,ameen

    ReplyDelete
  2. KADG PICKS ONLINE CASINO PICKS - The Grand
    KADG worrione PICKS ONLINE CASINO PICKS - The 바카라사이트 Grand Victoria Casino Hotel kadangpintar is one of the best hotel and casino resorts on the St. George Coast.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih,,,doakan sy spm sebulan lagi,semoga Allah berikan rzeki utk sy Juga utk dpt result gempak mcmni aamiin.tiada yg mustahil dngn izin Allah aamiin💪

    ReplyDelete
  4. aim aku 8A 1B. i hope and pray i mencapai matlamat!!

    ReplyDelete
  5. Terbaikla bang saya doakan spm 2022 ni semua org dapat semua A dan kawan 2 saya bang Amin....

    ReplyDelete

Post a Comment